Wednesday, 11 December 2013

Pembekal Peralatan Memancing

Assalamualaikum...baru-baru ini saya telah survey banyak laman-laman blog yang berkaitan dengan sukan memancing yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia. Daripada hasil penilitian saya, banyak penggiat memancing menyatakan hasrat mereka ingin menjual peralatan memancing. Ada yang meluahkan perasaan dalam blog masing-masing sebab terlalu susah untuk mendapatkan pembekal barangan memancing.
 Disini, saya ingin kongsikan kepada ramai orang diluar sana yang ingin memulakan perniagaan barangan memancing bagaimanakah cara yang paling mudah selamat dan berkesan untuk mendapatkan bekalan peralatan memancing anda.
Bagi yang tidak berminat, anda juga mungkin perlu tahu akan hal ini kerana anda juga mungkin berpeluang untuk membeli barangan memancing anda dengan harga yang cukup ekonomi tanpa perlu m,embayar harga yang lebeh apabila anda membeli di kedai pancing seperti gewang yang pelbagai jenis, mata kail, reel, batng joran, tali tangsi, batu ladung dan banyak lagi.

Caranya adalah anda perlu menghubungi terus ke syarikat-syarikat pengeluar peralatan memancing dan berurusan dengan mereka. Di bawah adalah senarai syarikat pengeluar yang boleh anda hubungi.
Perlu dingingatkan disini bahawa anda perlu membeli barangan anda secara borong dari banyak syarikat pengeluar dan anda juga perlu tahu syarikat pengeluar yang mana satu menghasilkan barangan yang berkualiti. Sebagai contoh syarikat Rapala menghasilkan pelbagai jenis gewang yang berkualiti manakala Xpuyu pula banyak mngeluarkan batang joran yang berkualiti tinggi.


  1. Rapala
  2. x-puyu
  3. Tomman
  4. Ajiking
  5. Shimano
  6. Seahawk
  7. Daiwa
  8. Abu Gracia
  9. Yo Zuri
  10. Ecoda
  11. Big Cats
  12. Fire Eagles


Kalau anda tidak mahu berurusan dengan syarikat pengeluar anda juga boleh menghubungi terus kepada TCE Tackles Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat pengedar barangan memancing paling besar di Malaysia. Di syarikat ini anda boleh membeli secara borong atau secara individu item.
Sekian sahaja untuk hari ini, selamat berjaya dengan perniagaan anda.
Wassalam...






15 comments:

  1. Berminat.mohon perkongsian modal permulaan untuk bisnes alat pancing.dan ilmu serba sedikit dr sifu

    ReplyDelete
  2. Berhasrat buka kedai alat memancing. .Tp xtau macamana nk mula

    ReplyDelete
  3. Saya cari peralatan pancang dan upan pancing
    Saya nk buka kedai. . 0139442319 Coll wasap

    ReplyDelete
  4. Berapa anggaran kos untuk membuka kedai memancing.. Tanah dh ada

    ReplyDelete
  5. saya nak cari peralatan pancing dan agak kos berapa untuk masuk barang barang pancing

    ReplyDelete
  6. Bos nk tye brpe kos nk membuka kedai pacing, saya baru nk belajar

    ReplyDelete
  7. Saya beminat untuk membuat produk brand sendri.. seperti rod..

    ReplyDelete
  8. Contoh kata kalau saya nak buka kedai menjual umpan kolam atau seangkatan denganya,kat mana saya nak peroleh stok?

    ReplyDelete
  9. assalam bos..saya nk tnya macam mana nk dapat bekalan alatan mancing macam reel yang baru & second,. boleh ws saya 0145058430

    ReplyDelete
  10. assalam bos..saya nk tnya macam mana nk dapat bekalan alatan mancing macam reel yang baru & second,. boleh ws saya 0194844711

    ReplyDelete
  11. Berapa kos untuk buka kedai pancing

    ReplyDelete
  12. Brpa kos untok buka kedai alatan memancing

    ReplyDelete
  13. Kalau ada yg berminat utk dapatkan barangan mancing drp china (kebiasaan seller shopee oversea) boleh wasap sy. Sy boleh bantu. 0139995481

    ReplyDelete
  14. Ada plan juga nak jual jual barang pancing ni

    ReplyDelete