SHAKLEE

PENGENALAN

Di Shaklee kami percaya alam semula jadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat yang lebih panjang. Justeru kami berusaha gigih untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk kami.

  • Sentiasa Selamat: Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard kami tiada tandingnya. Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar roduk kami.  

  • Sentiasa Berkesan: Kami bertanggungjawab memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan dari pemilihan bahan-bahan semula jadi yang luas dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 membuktikan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung. Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa, dan juga berjuata-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

  • Sentiasa Mesra Alam: Selama lebih daripada 55 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang aktif sebagai Climate Natural bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah dan juga bumi anda.

Tingkatkan Kesihatan Anda
Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambila suplemen yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan, Shaklee adalah pilihan semula jadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda dan juga bumi ini.

No comments:

Post a Comment