Saturday, 21 December 2013

Sungai Penor

Asslamualaikum.entri hari ini nak cerita siket pasal satu lubuk kat negeri Pahang. Orang Pahang mesti tahu lubuk ini.Lubuk ni bole dikatekan memang best sebab semua species kuala boleh dapat kat sini. Siakap putih pon kasar-kasar...Lokasi ini namanya Sungai Penor. Sungai ini merupakan sungai air payau waktu surut dan masin waktu pasang. Waktu air surut kuala sungai menjadi beting pasir yang luas dan beralur. Maknanya anda boleh berdiri di atas beting pasir ini tetapi perlu bsentiasa berwaspada dengan air pasang atau anda perlu berenang untuk pulang kerumah.
Antara ikan yang ada:

  • Siakap
  • Siakap merah
  • Tebal pipi




  • Tetanda
  •  Bulus
  • Gelama
  • Kitang
  • Semilang
  • Tuka
Sungai ini juga menyediakan stok udang galah berstatus jenggo yang banyak kerana tida pembangunan di sekitar lembah sungai Penor. Hutan paya bakau dan nipah yang tebal dan tidak rosak sangat memukau mata pandangan di sepanjang tebing sungai. Dibahagian hulu sungai pula yang bersumberkan air paya gambut menawarkan ragutan Toman dan spesies snakhead lain yang akan sambar ape sahaja gewang yang lalu depan mata. Ikan baung juga boleh dikategorikan bersaiz raksaksa kerana kualiti air yang sangat baik.
Buaya juga turut dilaporkan menghuni sungai ini.Jadi berhati-hati semasa sesi pancingan anda dijalankan terutamnya di lubuk toman dan udang galah. Di bahagian muara sungai anda boleh memilih samada untuk memancing di tebing atau menaiki bot. Tetapi untuk memancing udang di bahagian hulu sungai anda memang tidak ada pilihan lain selain manaiki bot kerana tida tebing yang sesuai untuk memancing memandang kan tebing dipenuhi rimbunan pokok bakau dan nipah yang tebal.
Untuk ke lokasi ini, anda perlu melalui jalan panti timur dan masuk ke kampung sungai penor. Lebeh baik anda rujuk pemilik bot mengenai selok-belok sungai kerana sungai ini bangak liku dan cabang yang boleh buat anda sesat jika tidak mahir dengan sungai ini.Kerana hanya ada sebuah kampung sahaja yang boleh tolong anda yang terletak di muara sungai..Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment