Assalamualaikum...baru-baru ini saya telah survey banyak laman-laman blog yang berkaitan dengan sukan memancing yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia. Daripada hasil penilitian saya, banyak penggiat memancing menyatakan hasrat mereka ingin menjual peralatan memancing. Ada yang meluahkan perasaan dalam blog masing-masing sebab terlalu susah untuk mendapatkan pembekal barangan memancing.
Disini, saya ingin kongsikan kepada ramai orang diluar sana yang ingin memulakan perniagaan barangan memancing bagaimanakah cara yang paling mudah selamat dan berkesan untuk mendapatkan bekalan peralatan memancing anda.
Bagi yang tidak berminat, anda juga mungkin perlu tahu akan hal ini kerana anda juga mungkin berpeluang untuk membeli barangan memancing anda dengan harga yang cukup ekonomi tanpa perlu m,embayar harga yang lebeh apabila anda membeli di kedai pancing seperti gewang yang pelbagai jenis, mata kail, reel, batng joran, tali tangsi, batu ladung dan banyak lagi.
Caranya adalah anda perlu menghubungi terus ke syarikat-syarikat pengeluar peralatan memancing dan berurusan dengan mereka. Di bawah adalah senarai syarikat pengeluar yang boleh anda hubungi.
Perlu dingingatkan disini bahawa anda perlu membeli barangan anda secara borong dari banyak syarikat pengeluar dan anda juga perlu tahu syarikat pengeluar yang mana satu menghasilkan barangan yang berkualiti. Sebagai contoh syarikat Rapala menghasilkan pelbagai jenis gewang yang berkualiti manakala Xpuyu pula banyak mngeluarkan batang joran yang berkualiti tinggi.
- Rapala
- x-puyu
- Tomman
- Ajiking
- Shimano
- Seahawk
- Daiwa
- Abu Gracia
- Yo Zuri
- Ecoda
- Big Cats
- Fire Eagles
Kalau anda tidak mahu berurusan dengan syarikat pengeluar anda juga boleh menghubungi terus kepada TCE Tackles Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat pengedar barangan memancing paling besar di Malaysia. Di syarikat ini anda boleh membeli secara borong atau secara individu item.
Sekian sahaja untuk hari ini, selamat berjaya dengan perniagaan anda.
Wassalam...